Monday, December 26, 2011

gila ka?

apa ni? gila ka?

Friday, December 23, 2011

sudah






cukupla stakat ini sahaja
jadi jadilah...
bukan tak tahu salahnya begitu
jangan toleh belakang lagi
apa yang dirasa adalah hasutan direjam
bisikan yang amat perlahan samar samar itu dari Dia
walau sangat sayup walau sangat seperti tiada
saya yakin saya mendengarnya
diri sendiri buat kira kira
jangan mengalah dek rasa yang sementara
leka lalai hanyut
harus sangat bertatang selepas ini
saya letakkan nokhtah disini saat ini ketika ini

.......sudah

Saturday, December 17, 2011

lupakanlah

Kisah silam dah berlalu
Tinggal kau dan aku
Menagih kasih yang dijanjikan
Datanglah kau kepada ku
Berikan hatiku
Padamu kasih aku curahkan
Air yang mengalir
Tidak dapat aku hentikan
Selagi kau sangsi kan diriku
Yang menyayangi dirimu
Mengertilah sayang
Satu diriku untukmu
Usahlah kau ragu
Cahaya mu kasih dalam genggaman
Akan ku bina
Mahligai kota untuk kita
Disaksikan malam yang melambai
Akan aku buktikan untuk mu
Tanda kebesaran
Pengorbanan mu kasih
Takkan aku siakan
Akan aku buktikan



....teringat saya akan kamu

dimana dia anak kucing saya?

hi ini anak kucing yang merindui bapak kucingnya... meow meow

kheNapeWr khaMoo ThaK Syukhew KEw? tHAq ShoPRthinGlah KhamOO inNEY.mASSeaM owAng TuWer Shajer!

Thursday, December 15, 2011

keji

Perbuatan yang menyampah dek orang diperlakukan. Berdosanya saya hari ini. Perlu dihentikan sebelum melarat lebih. Saya sangat lemah dan mudah kalah. Saya tak kuat akan hal hal sebegini. Keji!

Tak baiknya saya hari ini. Biadab pada ramai. Tidak adil sama sekali. Mahukah saya didalam kasut dia? Oh ini tidak betul. Saya dah silap. Tapi mengapa rasa macam menyesal itu lambat hadir? Keji!

Mahukah segalanya berulang? Mengulang yang tak mungkin, yang dah tahu tidak boleh dan yang sangat mustahil. Berapa lama sangat kukuh, yang khusus ini sekelip mata semuanya luluh. Kenapa begini? Keji!

Oh EMPANGAN! Merindu Merasa Mengenang Menyayang kembali? Oh EMPANGAN! Tak pernah sedikit pun terpadam dari dulu. Walau apa pun masih sama. Keji!




Kuatkan hati saya...tolong!

Thursday, December 8, 2011

berdoa mengharap

menadah tangan meminta
menunduk kepala mengecilkan diri
menyusun kata agar tidak silap
meluahkan apa di hati
menitis air mata berserah
tiada lain disembah
hanya satu tempat bermohon
Maha memberi
Maha pemurah
Maha mengasihani




.....yakin kepadaNya

Friday, November 18, 2011

sibuk merindu

luahan langsung

hari hari teringat awak. saya pun pelik kenapa. habis aidilfitri, habis aidiladha masih sepi. saya tertanya tanya saya tertunggu tunggu. pelik kenapa fikiran slalu kepada awak. kenapa tidak kepada yang lain yang beria bersungguh sana. mungkin saya terlalu rindu awak. oh tidak. saya memang rindu awak. mana awak. sapa lah saya. sekian lama tidak di sapa. hati tertanya tanya duka. kecewa bila tiada apa. kenapa awak begini. awak memang begini. saya memang tak kenal awak tapi saya suka pada awak. saya bersungguh saya tak main main. tapi apa kan daya. saya cuma saya. saya bukan awak.

setiap hari



ingatan tehadap kamu setiap hari

semua kata dititip tersemat rapi

gundah rasa bila menyepi menyendiri

bingung memikirkan apa mengakhiri

satu singgahan atau satu tamparan

tindakkan meremuk hati tiada ria

mengapa...

crushed

rasa sangat sangat sangat crushed!
kenapa macam ni? kemana sudah? begini sajakah? saya crushed!

Wednesday, September 28, 2011

saya rindu awak saya mengantuk saya nak tidur awak rindu saya tak?

selamat hari raya maaf zahir dan batin



lama tak bukak blog sendiri. nasib baik masih ingat iD dan password! slalunya kalau tak menjengah mestilah disebabkan sibuk. antara sibuk betul dan sibuk buat buat (terlupa la tu). cerita perihal diri tak banyak berbeza. almaklumla menjadi seorang perempuan yang boring dan tak lively seperti saya ini bukanla trend terkini (ye saya tau sangat sangat.. terima kasih kerana mengingatkan). cerita yang boleh dikongsikan ialah tentang hobi saya dan passion saya terhadap menggunapakai dua oven yang ada di dapor rumah saya itu. oh ya kerana begitu rakus dan tungkus lumus, saya dihadiahkan satu lagi oven untuk digunapakaikan oleh bok kesayangan saya (prebirthday present) yeay yeay. now i have 3 ovens!!!

kenapa sampai tiga? tamaknya bunyik kan?! sedangkan banyak dapur orang lain yang tak disaratkan dengan oven! hmm jangan tuduh melulu ok (saya tak suka dan Allah pun benci). sebenarnya saya membuat jualan biskut dan kek raya. alhamdulillah tempahan sangat memberangsangkan sehinggakan oven ditambah bok! (tq bok love u!). sebulan saya tidak ke office. sebulan saya ber'office' di dapor. tapi saya seronok kerana saya buat benda yang saya sangat minat. bestnya kalau saya buat kerja ni fulltime. insyaallah akan tiba masanya nanti. saya akan usahakan juga untuk mencapai hasrat saya yang satu ini. doakan saya!

hari ini adalah hari terakhir dalam bulan syawal. yeay saya dah raya hari ni! after bertungkus lumus menghabiskan puasa m saya yang agak lewat dimulakan dan cukup cukup hari je untuk dihabiskan. alhamdulillah saya dapat menyetelkan dengan sempurna. seronok kah raya tahun ini? personally saya rasa sangat meriah! kami sekeluarga beraya di rumah sendiri sahaja sbb arwah wan dah takde. so 1st raya kami jemput kawan2 yang beraya di kl dan jugak chinese and indian neighbours. wah sangat ramai dan sangat meriah! tak menang tanganlah! hari raya pertama seperti tahun tahun sudahnya, kami akan akhirinya di rumah dpl & dml di semenyih. esoknya raya kedua kami beserta maksedara paksedara dan cousins yang di kl semuanya berkonvoi sehari beraya di temerloh (kampung mak saya). ini sangat meriah kerana semua dah sedia maklum raya kedua akan bertemu maka semua sedaramara di temerloh, kuantan, johor make a point to berlonggok pada hari itu. (padahal tak rancang pun). maka bertemulah kami semua di rumah maklong saya yang rumahnya ditepi sungai pahang di atas bukit ditepi sekolah itu. rumaah yang banyak sangat sangat kenangan zaman kecik dulu! saya sampai sekarang sangat suka rumaha maklong saya itu. lepas beramai dirumaha maklong, beraya pula dirumah makde yang tak berapa jauh dari rumah maklong. tapi rumah makde ini bukan diatas bukit, malahan di pulau. nama tempat tu pun buntut pulau. belakang rumahnya adalah sungai. kalau musim banjir, keluarga mokde akan berpindah kerumah maklong. beberapa jam beraya dirumah mokde, kami ke mentakab pula untuk kerumah adik mak saya yang dipanggil pakchek. menunya mesti sate. kami dah boleh agak. tapi kuahnya fabulous! saya suka. sebelum pulang ke kl, kami ke rumah arwah tok diatas bukit tok embun untuk beraya dengan adik bongsu mak yang sangat istimewa yang saya panggil mok kechik. mok kechik tak boleh mendengar dan brcakap. begitu juga dengan suaminya, ayohchik. alhamdulillah 3 orang anaknya semua normal. rindu rumah tok. kalau dulu masa tok ada mesti ada bau tembakau sebab tok hisap paip. sekarang takde dah bau special itu.

selesai dirumah tok embun, kami pun pulang ke kl semula. ada yang pulang ke rumah mertua di jerantut, ada yang ke terengganu, ada ke kuantan, ada ke raub dan ada yang pulang ke pekan, pahang. tapi pertemuan singkat dihari raya kedua ini sangat bermakna dan sangat meriah! kalau tengok dari jauh, akan kelihatan semua orang bercakap dan akan pelik ada ke orang mendengar? kemudian ketawa. tiada cerita yang sedih keluar dihari raya. semua ceria dengan fesyen baju raya masing masing. tak lupa dengan perhiasan diri , kasut dan handbag. semuanya bergaya! tak lupa gelagat masing masing apabila berdepan dengan camera. sangat natural semuanya! (perasan). kemudian masing masing menunggu tukang ambik gambar mengupload di facebook dan tag. kemudian komen bertalu talu! gambar terbaik akan dipilih dan pemenang pelbagai kategori juga akan diputuskan! (that's the best part!) - contoh kategori - paling gedik, paling nakal, paling manja, paling banyak muka dia etc etc.

sampai di kl terus tidoq kerana esoknya mahu ke kuantan pula! yeah terpaksa ke kuantan kerana nikah sepupu pada raya ke4 malam dan majlis jamuannyaa di raya ke5. saya sangat tak looking forward atas sebab sebab tertentu. saya juga tidak agree majlis kawin diadakan dihari raya. menggangggu plan plan raya! sangat tak seronok! selepas majlis diraya ke 5, kami pulang ke kl semula.

begitula cerita hari raya saya.... sekian terima kasih

Friday, July 1, 2011

b & eakb

b - esok mari gi umah orang kawin
eakb - sapa kawin?
b - anak jamil tu
eakb - mmm boleh jugok. saya hantar je bok kat situ pastu saya gi la kedai kat area sana.
b - ikut suka la. boleh jugok. nanti habis tu bok berjalan la
eakb - bok balik jalan kaki je la
b - mmm boleh jugok.




sangat comel. lama tak macam ni...rindu..

Wednesday, June 29, 2011

if you're not the one daniel bedingfield

If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call?
If you are not mine would I have the strength to stand at all?

I never know what the future brings
But I know you're here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?

I don't know life so far away
But I know that its just a trip
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I'm praying you're the one I'Ve build my home with
I hope I love you all my life

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side

I don’t wanna run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

Monday, June 20, 2011

tiba tiba

membaca di facebook menjawab di bbm. soalan terbuka kepada orang ramai. tak sangka menjawab. senyum lebarla makanya. seperti biasa alasan kerjanya membuatkan masih tidak. sabar sahaja. baca dan berdoalah tidak putus dan yakin ok!

?jadi dah apa

hi erin. awak apa kabar. awak nampak tidak bersemangat dan tidak ceria. ada apa yang tak kena kah? sugul saja awak ni. a ah saya tahu dia tak banyak cakap. senyap saja seperti tidak berminat. patutlah dia begitu. awak nak berputus asa kah? janganlah. awak kena usaha dulu sehabis mungkin barulah boleh mengalah. usaha awak yang satu itu nampaknya macam dah takda usaha saja saya nampak. kenapa macam ni? janganlah macam ni. tak syiokla. takkan lagi 5 taun pun nak macam ni je tak berganjak ganjak kot. come on. awak bukan macam ni orangnya. awakkan orang yang paling bersemangat. yang paling tak boleh duduk diam. ish erin awak tak boleh malas malas tau. nanti malas itu menjadi nature awak pulak. nanti kalau orang tanya erin yang mana satu? jawapannya oh erin yang malas tu lah. ish tak bestla. sangat down rasanya kan. cukup 40 orang sebut, jadi double triple malas pulak nanti. eh janganlah erin. tak mau la macam gitu ok! permandangan awak nampaknya semakin kabur tu. dah tawar je rasa ye? dah tak sepenuh hati macam dulu dah? mmmmmm bak kata bapa saudara awak, jangan cepat sangat. mesti nak kena bertentang mengadap baru boleh cakap. ok erin? awak jangan macam ni lagi ok!

Saturday, June 18, 2011

sudah yvonne kah?

saiko... masih menanggah tonton.com.my. masih cerita yang satu itu. ulang tayang dah masuk yang ke lima kali. sekian.

Friday, June 17, 2011

cannot tahan lah!

tweeter


Tak berapa faham apebenda si tweeter ni. Tapi diexplain spupu dan adik bahwa tweeter ni macam facebook cuma tweeter tak detail. Hanya boleh update status sahaja. Hmmmm agak agaknya perlu kah tweeter ni? Pada pendapat personal saya, ianya berguna untuk artist. Nama pun artist, apa diorang buat semua nak di ambik tahu ramai. Lagi personal lagi orang ramai suka. Memang artist di negara kita aktif bertweeter.untuk mengikuti tweeter diorang, kita kita orang yang tak femes ni kenalah sign up juga. Kenalah create tweeter account pulak. Erti kata lain bertweeter untuk menjaga tepi kain orang!















tweeting sbb anak aziz sorang tu! ishhhhh....

oh aaron aziz oh seth tan






hari ini episode terakhir nora elena. saya hanya menonton di toton.com.my. rindunya pada seth tan. jangan tak tau hari ini saya buat kerja gila. saya telah menjadi peminat tegar aaron. ya! saya join live chat bersama aaron jam 3 petang tadi. sejam saya tak berganjak dari laptop saya.the best part was he answered 4 of my questions!!! ah sangat cinta dia!

Tuesday, June 14, 2011

jangan kau pergi




tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu
ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama
jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo
ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo
janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh
ooooo
jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi



cinta ahmad seth tan

terhenti disini



Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta





ternampak seth tan by asfan

Monday, June 13, 2011

sisa kisah kita

best pula pulak lagu ni. single dari lena af9. saya tak mengikuti pun af. tapi telah menonton konsert akhirnya. saya suka lagu ini. saya lebih suka version ini. best!
link

Dari sisa sisa kisah kita berdua Tak pernah ada persefahaman Walau dalam cinta Tiada guna penyesalan Jangan berdusta Usah menafikannya Ini kesudahannya Tangisan air mata
Tak bererti lagi Jangan kau ganggu aku lagi Jangan kau coba tuk permainkan Sakit di hati yang rapuh ini Yang telah kau hancurkan Yang kini sudah tertutup buatmu Untuk selamanya Tuk selamanya Dari sisa sisa kisah kita berdua Tiada pernah ku sangka Akhirnya begini Usah kau coba merayu berkata dusta Jangan pura cinta padaku Meminta ku kembali Tangisan air mata Tak bererti lagi Jangan kau ganggu aku lagi Jangan kau coba tuk permainkan Sakit di hati yang rapuh ini Yang telah kau hancurkan Yang kini sudah tertutup buatmu Untuk selamanya Tuk selamanya Oh tuhan, berikanlah ku Kekuatan Jangan kau ganggu aku lagi Jangan kau coba tuk permainkan Sakit di hati yang rapuh ini Yang telah kau hancurkan Yang kini sudah tertutup buatmu Untuk selamanya Tuk selamanya......

kenapa awak garang sangat?

telah berjanji untuk keluar makan malam bersama. saya bersiap siap untuk malam itu. ye saya eksaited juga gayanya. mencari kasut yang sesuai untuk dikenakan. dia menunggu di pagar sementara saya mencari kasut.mmm dia agak pissed off kerana menunggu lama. di dalam kereta dia seperti marah marah. saya tidak ingat apa yang diucapkan. setiba ditempat makan saya seperti tertinggal sesuatu dan ingin pulang mengambilnya. dia? double pissed off! lantas saya balik sendirian. mmm tak tahu bagaimana. esoknya saya menelifon dia tetapi dia rejct panggilan saya. saya telipon ofisnya dan apabila dia tahu saya yang call, dia putuskan talian itu. wah marahnya dia.... mmmm garangnya dia... garang ke orangnya?





apakah?

cinta dia



aaron aziz erin aziz

nora elena



yes.. terjebak sudah saya!(sekali lagi) drama melayu di tv3 yang sibuk diperkata ramai. pada mulanya saya tidak tahu menahu kewujudan drama ini sampailah saya terbaca di facebook. ramai betul yang berceritakan akan drama ini. masih tidak tergerak hati untuk menonton, ye saya masih boleh ignore sehinggalah ada sepupu kepada sepupu saya yang saya tahu tidak menonton drama drama melayu ini telah sibuk terjebak akan drama ini. (whaaaaaaaaa?) pasti ada kelainan dalam jalan ceritanya. saya pun google. oh rupanya drama ini di adaptasi longgar dari sebuah novel. dalam hati apa salahnya cuba try test nonton. youtubelah tempatnya (terima kasih youtube). wahhhhh saya pula terjebak. lagi pulak heronya ialah aaron aziz!!! memang saya gemar akan beliau tapi tidak secara mati keras lah. watak aaron dalam drama ini sangat menyentuh hati saya. yesss sekali lagi jatuh cinta pada satu watak seperti saya jatuh cinta kepada adam dalam drama adamaya satu ketika dahulu. sekarang bila nampak gambar aaron aziz terasa sebak didada. (ya saya perasan). watak nora elena dipegang oleh siti salehah. hahahaha saya tak pernah kenal pun minah ni but she's beautiful... suka jugakla kat dia... teehee. hari ni first time saya menunggu di depan tv sambil menunggu nutuk berbuka puasa. episode ke 21 keudara jam 7 petang. rasa macam tak cukup bila dapat tahu drama ini akan tamat pada episode ke 24. bermakna ada 3 episode sahaja lagi. mmmmm pasti saya rindu akan seth dan nora.....errrmmm rindu lebih kepada seth!

Wednesday, June 1, 2011

ummul mukminin

SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra....

Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran agama Islam, menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy. Layaklah kalau Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain yaitu, menerima ucapan salam dari Allah SWT. yang disampaikan oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW. disertai salam dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah radiallahu ‘anha serta dihiburnya dengan syurga.




hebat..... saya sangat tersentuh.....

dialah idola saya...

Tuesday, May 31, 2011

rindu tiba tiba














kegemaran bok yang makcik mary




saya telah mencuba resipi kuih melayu lama kegemaran bok saya kelmarin. kuih yang dimaksudkan ialah kuih koleh kacang. resipinya saya dapat dari makcik mary kesayangan yang duduk di pasir gudang. makcik mary? ye nama dia makcik mary. dia memang orang melayu. nama dia saya tak ingat. saya panggil dia makcik mary sebab saya kenal dia dengan nama itu dalam drama sindarela di tv3 dulu. saya ke jb dan singapura 3 tahun lepas. saya ke rumah kawan saya dipasir gudang yang berjiran dengan makcik mary. pertama kali bertemu mata dengan makcik mary ni. peramah sangat orangnya. gelak dari mula sampailah akhir. ceria sungguhlah pertemuan kami hari tu. bukan pandai belakon saja, makcik mary handal buat kuih koleh kacang. ada dibelkalkan koleh kacang kepada saya dan saya jamukan kepada bok saya. ye koleh kacang ialah kegemaran bok saya! bok saya sangat happy bila dapat merasa koleh kacang yang tersedap dia pernah makan - kata bok sayalah. bok saya suruh mintak resipi dari makcik mary. setelah sekian lama dapat resipi ni, baru kelmarin saya mencubanya! hasilnya sangat memuaskan! semua org yang merasa kata sedap dan saya berjaya membuatnya. yeay!!!!

apa kah

babak sat u
nampak berjalan sedikit masukkan usaha kerana berjalan membawa beban menuju kereta. kereta di bawah di depan pejabat. mengangkat kotak yang sarat yang berat. masih sempat menguntum senyuman bila berhadapan. manis. pemalu dia.
babak du wa
kepenatan kemengantukkan lalu tertidur. mengiring dibirai katil jauh nun .mengiring ke kanan kerna lenguh kekiri. sehingga dikejutkan lalu terjatuh ke lantai sempat ditonkat tangan. kedengaran suara mengajak berapat. bingkas mengiring kekanan mengadap. dia mahukan. tiba tiba sepupu menjelaskan memberi nasihat.




sedar senyum saja

Saturday, May 28, 2011

Friday, May 27, 2011

both sade's

feel so sexy listening to this and this song!

Thursday, May 26, 2011

makbul



pendam beberapa hari. sedih setiap detik. sayu seribu kali. teringat ilmu yang ikhlas itu. diikuti baru sepasang kali. hari ini secara tiba tiba. tidak menyangka. makbul. makbul. makbul. terbingkas didalam kereta. meleret sehingga menjamu selera. akan diteruskan lagi tanpa henti. agar terus makbul. makbul. makbul.sejak tadi tidak lagi pendam, sedih dan sayu....









insyaallah....

Monday, May 23, 2011

kek baldu merah

Ya semua orang tergila gilakan kek ini. Saya telah berjaya mendapatkan resepi yang sedap untukmembuatnya. Kali pertama saya membuatnya saya berjaya! Mendapat pujian yang bertalu talu sehinggakan spupu saya ingin saya turunkan ilmu membuatnya. Maka weekend baru ini, spupu saya datang dan tidur dirumah saya semata mata untuk belajar membuat kek baldu merah dan juga pavlova.
Apa yang berlaku?
Hasilnya sangat menggeramkan saya! 2 round kami buat kek ini tapi tidak berjaya. Hasilnya sangat mengecewakan. Rasa tak sedap, texture tak cantik, keknya tak naik. Fikir punya fikir, rasanya disebabkan telur yang tak fresh, telor gred B. Maka saya minta adik saya belikan telur baru bergred A.
Hari ini.....
Hari ini saya membuatnya skali lagi (kerna tidak puas hati). Hasilnya masih tidak memuaskan! Oh geramnya saya!!! Walaupun elok sikit dari kedua round weekend haritu, tapi masih tidak dapat secantik kali pertama yang saya buat tempoh hari.
Dimanakah silapnya?
Saya tak akan berputus asa dan akan membuatnya sehingga berpuas hati! Sekian....

Thursday, May 19, 2011

nktm

one word - BORING

macam citer keling (memang pengarahnya orang itu pun)
frustnya saya!
dialogue tak banyak, lagu yang banyak jugak menunjukkan suasana aja yang banyak.
cakap sikit tunjuk suasana sambil lagu berkumandang. bosan

terlalu banyak yang hendak ditunjukkan dalam satu cerita sampaikan nampak tak kemas, terkejar kejar. plot cerita sama aje macam drama bersirinya. hilang mencari menangis tragis.

saya ketika menonton , menunggu saja perkara yang tak elok berlaku kepada mereka. kerana itulah pattern ceritanya. sangat mendatar.

saya harapkan kelainan yang climax yang boleh meletup tetapi hampa. secara peribadi saya rasa cerita cinta adam dan nur ni biarkan habis di episod 26 dulu. tak perlu bersambung lagi.

bila dah menonton akhiran kisah adam dan nur, saya rasa sangat spoil la. tak kesampaian. dan saya tak menitiskan air mata pun... lagi la saya tidak berpuas hati!

oh kabir, kenapalah????

as a bee



must find ways to make friends with a bee

Wednesday, May 18, 2011

he talks to rainbows


he talks to birds he talks to angels
he talks to trees he talks to bees
he don't talk to me
Talks to the rainbows and to the seas
he talks to the trees
he don't talk to me
Don't talk to me

You know he drives me outta my mind
You know he drives me outta my head

he talks to birds ...

he don't talk to me
Don't talk to me
he don't talk to me
Don't talk to me
he don't talk to me
Don't talk to me
he don't talk to me
Don't talk to me





......ramones i love








48 mins after i typed these, he talked to me.... yeay!

gila mengebake yang baru

sejak hari sabtu lepas saya sangat gila akan kegemaran saya yang satu ini. kegemaran yang dah lama saya tinggalkan kerana tak ada masa dan tak ada perasaan untuk melakukannya. kegilaan kali ini adalah untuk mencuba yang baru, yang tidak pernah saya cuba sebelum. nak mencabar diri sendiri mungkin atau bosan dangan yang lama.

kebetulan hari ahad lepas saya sekeluarga ada lunch gathering di rumah emak saudara saya di semenyih. maka makin kuatlah alasan saya untuk merealisasikan kegilaan saya ini. ya, saya telah membuat manisan bernama pavlova. asal manisan ini daripada new zealand dan nama pavlova ini adalah dari nama seorang ballerina. gabungan rasa manis meringue + lemak whipped cream + masam strawberry & blackberry adalah sangat perfect! patutlah pavlova menjadi kegilaan ramai dan sangat famous. sekarang saya tahu kenapa.



semalam pula public holiday - hari wesak. saya telah mencuba resipi baru. resipi yang menjadi buah mulut orang disana sini - red velvet cake. wow!!! memang sedap cake ini rupanya. disaluti dengan cream cheese. wah sangat berlemak dan sedap (sangat sangat). mendapat kepujian dari tukang kritik tetap dirumah saya! saya rasa mungkin kalernya harus dilebihkan lagi la.....



dan saat ini saya rasa nak mencuba untuk membuat macaroon. saya sedang menunggu recipenya dari seorang kenalan yang telah belajar membuat macaroon di london baru baru ini. saya akan update setelah saya berjaya membuatnya.

harinya esok



yang dinanti nanti akan tiba esok harinya. sangat tak sabar dan tak tertahan perasaan ini. esok waktu lunch hour saya akan berlari ke wangsa walk untuk menonton kisah cinta teragung melayu ini. kisah yang dinanti nanti 19 juta orang (mungkin telah meningkat). esok lepas menonton saya akan buat personal review untuk tatapan saya. sekian

Saturday, May 14, 2011

kira terbalik




saya tak sabar, saya sangat looking forward dan mula kira terbalik!(owh taksubnya saya!)

nur kasih parto duo

ini pendapat saya sahaja...


gandingan para pelakon sangat mantap dan masing masing ada kekuatan tersendiri! puji kabir bakhtiar!

tiz zakiyah - pandai berlakon (dia sangat berbeza dengan nuramina)

remy ishak - berjaya menjadi adam!

mak jah - saya sangat menyayangimu!

abang aidil - saya sangat adore kamu!

cinta nuramina & adam - menyentuh hati saya!

ummi nazeera - berjaya meluatkan saya akan siti sarah!

masih sama - tak gemar ayu raudhah dan lakonanya!



dan...


yassin sangat brilliant dengan lagu nur kasih yang sangat mendayu dan sedap. tiz bersama menyanyikan lagu ini untuk edisi movie.

nur kasih parto uno


hah....
sangat ketinggalan saya ini. dua tahun lepas sinetron nur kasih menjadi bualan hangat. hampir semua orang menontonya. mengikut rating 19 juta rakyat melaysia tidak melepaskan peluang mengikut cerita ini. hebat sangat kah? ketika semua orang bercerita akan cerita ini, saya tak beserta. tertanya juga dibenak, hebat sangat kah cerita nur kasih ini? pertama kali tengok pun pada episod akhir. semasa dirumah nenek saya di kuantan. terpaksa tengok kerana semua nak tengok ketika itu. ada yang menitiskan air mata (wah menjiwai betul). saya menonton sama (kerana tiada pilihan), tetapi tidak tergerak hati untuk mengetahui kenapa akhirnya begitu, bagaimana atau apa yang dah terjadi. sikit pun tak heran. (dalam hati - alah.... sama aje dengan sinetron sinetron yang dah ditayangkan.) pada saya drama melayu boring tak thrill. sama sahaja semuanya. ceritakan kisah hati dengki, mengumpat sana mengummpat sini, jumpa bomoh dan mati kerana sakit yang kritikal. -owhhh sangat boring sebab mesti dah tahu endingnya bagaimana.
selepas dua tahun cerita itu menjadi sangat hit kini cerita nur kasih di movie kan. tayangannya minggu hadapan hari khamis - 19 may 2011. tv3 ulangtayang sinetron ini buat kali ke 3. (ada juga yang naik meluat dan tak puas hati). saya pula tak ambil pusing sebab saya tak ikut cerita itu. sehinggalah pada suatu hari di dalam suratkabar ada menceritakan tentang nur kasih the movie. tak tahu bagaimana hati saya tergerak untuk mencari dan menonton cerita sinetron gilaan ramai ini. terima kasih pada youtube, (macam macam ada). dari episod 1 sampailah episod 26 saya menonton dalam masa 3 hari.
barulah saya faham kenapa 19 juta penonton telah menontonnya 2 tahun lepas. tersentuh betul hati saya. mengalir jugaklah air mata beberapa kali sepanjang 26 episod tu. memang menjiwai watak la saya. saya sangat taksub sehinggakan saya ke speedy video membeli dvd nya. (ya saya dikutuk adikbradik dan sepupu). baru hari ini saya tamatkan 26 episod itu (sekali lagi) dengan menonton di skrin tv yang besar (compared to my laptop semasa tonton via youtube). saya menonton dvd terakhir bersama adik lelaki saya. owhhh sangat terkejut bila dia pun menitiskan air mata. sangat berjaya kabir bakhtiar (walaupun ada jugak benda benda yang tak logic dan mengarut). apa pun saya puji kabir dan sangat puji para pelakons. semuanya hebat hebat belaka! sekarang saya kira terbalik untuk muvinya sehinggakan disalah anggap tujuan saya ini. (kira terbalik di fb). 19 haribulan akan saya serbu ke panggung...... jumpa disana!