Wednesday, September 28, 2011

selamat hari raya maaf zahir dan batin



lama tak bukak blog sendiri. nasib baik masih ingat iD dan password! slalunya kalau tak menjengah mestilah disebabkan sibuk. antara sibuk betul dan sibuk buat buat (terlupa la tu). cerita perihal diri tak banyak berbeza. almaklumla menjadi seorang perempuan yang boring dan tak lively seperti saya ini bukanla trend terkini (ye saya tau sangat sangat.. terima kasih kerana mengingatkan). cerita yang boleh dikongsikan ialah tentang hobi saya dan passion saya terhadap menggunapakai dua oven yang ada di dapor rumah saya itu. oh ya kerana begitu rakus dan tungkus lumus, saya dihadiahkan satu lagi oven untuk digunapakaikan oleh bok kesayangan saya (prebirthday present) yeay yeay. now i have 3 ovens!!!

kenapa sampai tiga? tamaknya bunyik kan?! sedangkan banyak dapur orang lain yang tak disaratkan dengan oven! hmm jangan tuduh melulu ok (saya tak suka dan Allah pun benci). sebenarnya saya membuat jualan biskut dan kek raya. alhamdulillah tempahan sangat memberangsangkan sehinggakan oven ditambah bok! (tq bok love u!). sebulan saya tidak ke office. sebulan saya ber'office' di dapor. tapi saya seronok kerana saya buat benda yang saya sangat minat. bestnya kalau saya buat kerja ni fulltime. insyaallah akan tiba masanya nanti. saya akan usahakan juga untuk mencapai hasrat saya yang satu ini. doakan saya!

hari ini adalah hari terakhir dalam bulan syawal. yeay saya dah raya hari ni! after bertungkus lumus menghabiskan puasa m saya yang agak lewat dimulakan dan cukup cukup hari je untuk dihabiskan. alhamdulillah saya dapat menyetelkan dengan sempurna. seronok kah raya tahun ini? personally saya rasa sangat meriah! kami sekeluarga beraya di rumah sendiri sahaja sbb arwah wan dah takde. so 1st raya kami jemput kawan2 yang beraya di kl dan jugak chinese and indian neighbours. wah sangat ramai dan sangat meriah! tak menang tanganlah! hari raya pertama seperti tahun tahun sudahnya, kami akan akhirinya di rumah dpl & dml di semenyih. esoknya raya kedua kami beserta maksedara paksedara dan cousins yang di kl semuanya berkonvoi sehari beraya di temerloh (kampung mak saya). ini sangat meriah kerana semua dah sedia maklum raya kedua akan bertemu maka semua sedaramara di temerloh, kuantan, johor make a point to berlonggok pada hari itu. (padahal tak rancang pun). maka bertemulah kami semua di rumah maklong saya yang rumahnya ditepi sungai pahang di atas bukit ditepi sekolah itu. rumaah yang banyak sangat sangat kenangan zaman kecik dulu! saya sampai sekarang sangat suka rumaha maklong saya itu. lepas beramai dirumaha maklong, beraya pula dirumah makde yang tak berapa jauh dari rumah maklong. tapi rumah makde ini bukan diatas bukit, malahan di pulau. nama tempat tu pun buntut pulau. belakang rumahnya adalah sungai. kalau musim banjir, keluarga mokde akan berpindah kerumah maklong. beberapa jam beraya dirumah mokde, kami ke mentakab pula untuk kerumah adik mak saya yang dipanggil pakchek. menunya mesti sate. kami dah boleh agak. tapi kuahnya fabulous! saya suka. sebelum pulang ke kl, kami ke rumah arwah tok diatas bukit tok embun untuk beraya dengan adik bongsu mak yang sangat istimewa yang saya panggil mok kechik. mok kechik tak boleh mendengar dan brcakap. begitu juga dengan suaminya, ayohchik. alhamdulillah 3 orang anaknya semua normal. rindu rumah tok. kalau dulu masa tok ada mesti ada bau tembakau sebab tok hisap paip. sekarang takde dah bau special itu.

selesai dirumah tok embun, kami pun pulang ke kl semula. ada yang pulang ke rumah mertua di jerantut, ada yang ke terengganu, ada ke kuantan, ada ke raub dan ada yang pulang ke pekan, pahang. tapi pertemuan singkat dihari raya kedua ini sangat bermakna dan sangat meriah! kalau tengok dari jauh, akan kelihatan semua orang bercakap dan akan pelik ada ke orang mendengar? kemudian ketawa. tiada cerita yang sedih keluar dihari raya. semua ceria dengan fesyen baju raya masing masing. tak lupa dengan perhiasan diri , kasut dan handbag. semuanya bergaya! tak lupa gelagat masing masing apabila berdepan dengan camera. sangat natural semuanya! (perasan). kemudian masing masing menunggu tukang ambik gambar mengupload di facebook dan tag. kemudian komen bertalu talu! gambar terbaik akan dipilih dan pemenang pelbagai kategori juga akan diputuskan! (that's the best part!) - contoh kategori - paling gedik, paling nakal, paling manja, paling banyak muka dia etc etc.

sampai di kl terus tidoq kerana esoknya mahu ke kuantan pula! yeah terpaksa ke kuantan kerana nikah sepupu pada raya ke4 malam dan majlis jamuannyaa di raya ke5. saya sangat tak looking forward atas sebab sebab tertentu. saya juga tidak agree majlis kawin diadakan dihari raya. menggangggu plan plan raya! sangat tak seronok! selepas majlis diraya ke 5, kami pulang ke kl semula.

begitula cerita hari raya saya.... sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment