Monday, June 13, 2011

nora elena



yes.. terjebak sudah saya!(sekali lagi) drama melayu di tv3 yang sibuk diperkata ramai. pada mulanya saya tidak tahu menahu kewujudan drama ini sampailah saya terbaca di facebook. ramai betul yang berceritakan akan drama ini. masih tidak tergerak hati untuk menonton, ye saya masih boleh ignore sehinggalah ada sepupu kepada sepupu saya yang saya tahu tidak menonton drama drama melayu ini telah sibuk terjebak akan drama ini. (whaaaaaaaaa?) pasti ada kelainan dalam jalan ceritanya. saya pun google. oh rupanya drama ini di adaptasi longgar dari sebuah novel. dalam hati apa salahnya cuba try test nonton. youtubelah tempatnya (terima kasih youtube). wahhhhh saya pula terjebak. lagi pulak heronya ialah aaron aziz!!! memang saya gemar akan beliau tapi tidak secara mati keras lah. watak aaron dalam drama ini sangat menyentuh hati saya. yesss sekali lagi jatuh cinta pada satu watak seperti saya jatuh cinta kepada adam dalam drama adamaya satu ketika dahulu. sekarang bila nampak gambar aaron aziz terasa sebak didada. (ya saya perasan). watak nora elena dipegang oleh siti salehah. hahahaha saya tak pernah kenal pun minah ni but she's beautiful... suka jugakla kat dia... teehee. hari ni first time saya menunggu di depan tv sambil menunggu nutuk berbuka puasa. episode ke 21 keudara jam 7 petang. rasa macam tak cukup bila dapat tahu drama ini akan tamat pada episode ke 24. bermakna ada 3 episode sahaja lagi. mmmmm pasti saya rindu akan seth dan nora.....errrmmm rindu lebih kepada seth!

No comments:

Post a Comment