Saturday, May 14, 2011

nur kasih parto uno


hah....
sangat ketinggalan saya ini. dua tahun lepas sinetron nur kasih menjadi bualan hangat. hampir semua orang menontonya. mengikut rating 19 juta rakyat melaysia tidak melepaskan peluang mengikut cerita ini. hebat sangat kah? ketika semua orang bercerita akan cerita ini, saya tak beserta. tertanya juga dibenak, hebat sangat kah cerita nur kasih ini? pertama kali tengok pun pada episod akhir. semasa dirumah nenek saya di kuantan. terpaksa tengok kerana semua nak tengok ketika itu. ada yang menitiskan air mata (wah menjiwai betul). saya menonton sama (kerana tiada pilihan), tetapi tidak tergerak hati untuk mengetahui kenapa akhirnya begitu, bagaimana atau apa yang dah terjadi. sikit pun tak heran. (dalam hati - alah.... sama aje dengan sinetron sinetron yang dah ditayangkan.) pada saya drama melayu boring tak thrill. sama sahaja semuanya. ceritakan kisah hati dengki, mengumpat sana mengummpat sini, jumpa bomoh dan mati kerana sakit yang kritikal. -owhhh sangat boring sebab mesti dah tahu endingnya bagaimana.
selepas dua tahun cerita itu menjadi sangat hit kini cerita nur kasih di movie kan. tayangannya minggu hadapan hari khamis - 19 may 2011. tv3 ulangtayang sinetron ini buat kali ke 3. (ada juga yang naik meluat dan tak puas hati). saya pula tak ambil pusing sebab saya tak ikut cerita itu. sehinggalah pada suatu hari di dalam suratkabar ada menceritakan tentang nur kasih the movie. tak tahu bagaimana hati saya tergerak untuk mencari dan menonton cerita sinetron gilaan ramai ini. terima kasih pada youtube, (macam macam ada). dari episod 1 sampailah episod 26 saya menonton dalam masa 3 hari.
barulah saya faham kenapa 19 juta penonton telah menontonnya 2 tahun lepas. tersentuh betul hati saya. mengalir jugaklah air mata beberapa kali sepanjang 26 episod tu. memang menjiwai watak la saya. saya sangat taksub sehinggakan saya ke speedy video membeli dvd nya. (ya saya dikutuk adikbradik dan sepupu). baru hari ini saya tamatkan 26 episod itu (sekali lagi) dengan menonton di skrin tv yang besar (compared to my laptop semasa tonton via youtube). saya menonton dvd terakhir bersama adik lelaki saya. owhhh sangat terkejut bila dia pun menitiskan air mata. sangat berjaya kabir bakhtiar (walaupun ada jugak benda benda yang tak logic dan mengarut). apa pun saya puji kabir dan sangat puji para pelakons. semuanya hebat hebat belaka! sekarang saya kira terbalik untuk muvinya sehinggakan disalah anggap tujuan saya ini. (kira terbalik di fb). 19 haribulan akan saya serbu ke panggung...... jumpa disana!

No comments:

Post a Comment