Wednesday, May 18, 2011

gila mengebake yang baru

sejak hari sabtu lepas saya sangat gila akan kegemaran saya yang satu ini. kegemaran yang dah lama saya tinggalkan kerana tak ada masa dan tak ada perasaan untuk melakukannya. kegilaan kali ini adalah untuk mencuba yang baru, yang tidak pernah saya cuba sebelum. nak mencabar diri sendiri mungkin atau bosan dangan yang lama.

kebetulan hari ahad lepas saya sekeluarga ada lunch gathering di rumah emak saudara saya di semenyih. maka makin kuatlah alasan saya untuk merealisasikan kegilaan saya ini. ya, saya telah membuat manisan bernama pavlova. asal manisan ini daripada new zealand dan nama pavlova ini adalah dari nama seorang ballerina. gabungan rasa manis meringue + lemak whipped cream + masam strawberry & blackberry adalah sangat perfect! patutlah pavlova menjadi kegilaan ramai dan sangat famous. sekarang saya tahu kenapa.



semalam pula public holiday - hari wesak. saya telah mencuba resipi baru. resipi yang menjadi buah mulut orang disana sini - red velvet cake. wow!!! memang sedap cake ini rupanya. disaluti dengan cream cheese. wah sangat berlemak dan sedap (sangat sangat). mendapat kepujian dari tukang kritik tetap dirumah saya! saya rasa mungkin kalernya harus dilebihkan lagi la.....



dan saat ini saya rasa nak mencuba untuk membuat macaroon. saya sedang menunggu recipenya dari seorang kenalan yang telah belajar membuat macaroon di london baru baru ini. saya akan update setelah saya berjaya membuatnya.

No comments:

Post a Comment