Tuesday, May 31, 2011

rindu tiba tiba














kegemaran bok yang makcik mary




saya telah mencuba resipi kuih melayu lama kegemaran bok saya kelmarin. kuih yang dimaksudkan ialah kuih koleh kacang. resipinya saya dapat dari makcik mary kesayangan yang duduk di pasir gudang. makcik mary? ye nama dia makcik mary. dia memang orang melayu. nama dia saya tak ingat. saya panggil dia makcik mary sebab saya kenal dia dengan nama itu dalam drama sindarela di tv3 dulu. saya ke jb dan singapura 3 tahun lepas. saya ke rumah kawan saya dipasir gudang yang berjiran dengan makcik mary. pertama kali bertemu mata dengan makcik mary ni. peramah sangat orangnya. gelak dari mula sampailah akhir. ceria sungguhlah pertemuan kami hari tu. bukan pandai belakon saja, makcik mary handal buat kuih koleh kacang. ada dibelkalkan koleh kacang kepada saya dan saya jamukan kepada bok saya. ye koleh kacang ialah kegemaran bok saya! bok saya sangat happy bila dapat merasa koleh kacang yang tersedap dia pernah makan - kata bok sayalah. bok saya suruh mintak resipi dari makcik mary. setelah sekian lama dapat resipi ni, baru kelmarin saya mencubanya! hasilnya sangat memuaskan! semua org yang merasa kata sedap dan saya berjaya membuatnya. yeay!!!!

apa kah

babak sat u
nampak berjalan sedikit masukkan usaha kerana berjalan membawa beban menuju kereta. kereta di bawah di depan pejabat. mengangkat kotak yang sarat yang berat. masih sempat menguntum senyuman bila berhadapan. manis. pemalu dia.
babak du wa
kepenatan kemengantukkan lalu tertidur. mengiring dibirai katil jauh nun .mengiring ke kanan kerna lenguh kekiri. sehingga dikejutkan lalu terjatuh ke lantai sempat ditonkat tangan. kedengaran suara mengajak berapat. bingkas mengiring kekanan mengadap. dia mahukan. tiba tiba sepupu menjelaskan memberi nasihat.




sedar senyum saja

Saturday, May 28, 2011

Friday, May 27, 2011

both sade's

feel so sexy listening to this and this song!

Thursday, May 26, 2011

makbul



pendam beberapa hari. sedih setiap detik. sayu seribu kali. teringat ilmu yang ikhlas itu. diikuti baru sepasang kali. hari ini secara tiba tiba. tidak menyangka. makbul. makbul. makbul. terbingkas didalam kereta. meleret sehingga menjamu selera. akan diteruskan lagi tanpa henti. agar terus makbul. makbul. makbul.sejak tadi tidak lagi pendam, sedih dan sayu....









insyaallah....

Monday, May 23, 2011

kek baldu merah

Ya semua orang tergila gilakan kek ini. Saya telah berjaya mendapatkan resepi yang sedap untukmembuatnya. Kali pertama saya membuatnya saya berjaya! Mendapat pujian yang bertalu talu sehinggakan spupu saya ingin saya turunkan ilmu membuatnya. Maka weekend baru ini, spupu saya datang dan tidur dirumah saya semata mata untuk belajar membuat kek baldu merah dan juga pavlova.
Apa yang berlaku?
Hasilnya sangat menggeramkan saya! 2 round kami buat kek ini tapi tidak berjaya. Hasilnya sangat mengecewakan. Rasa tak sedap, texture tak cantik, keknya tak naik. Fikir punya fikir, rasanya disebabkan telur yang tak fresh, telor gred B. Maka saya minta adik saya belikan telur baru bergred A.
Hari ini.....
Hari ini saya membuatnya skali lagi (kerna tidak puas hati). Hasilnya masih tidak memuaskan! Oh geramnya saya!!! Walaupun elok sikit dari kedua round weekend haritu, tapi masih tidak dapat secantik kali pertama yang saya buat tempoh hari.
Dimanakah silapnya?
Saya tak akan berputus asa dan akan membuatnya sehingga berpuas hati! Sekian....

Thursday, May 19, 2011

nktm

one word - BORING

macam citer keling (memang pengarahnya orang itu pun)
frustnya saya!
dialogue tak banyak, lagu yang banyak jugak menunjukkan suasana aja yang banyak.
cakap sikit tunjuk suasana sambil lagu berkumandang. bosan

terlalu banyak yang hendak ditunjukkan dalam satu cerita sampaikan nampak tak kemas, terkejar kejar. plot cerita sama aje macam drama bersirinya. hilang mencari menangis tragis.

saya ketika menonton , menunggu saja perkara yang tak elok berlaku kepada mereka. kerana itulah pattern ceritanya. sangat mendatar.

saya harapkan kelainan yang climax yang boleh meletup tetapi hampa. secara peribadi saya rasa cerita cinta adam dan nur ni biarkan habis di episod 26 dulu. tak perlu bersambung lagi.

bila dah menonton akhiran kisah adam dan nur, saya rasa sangat spoil la. tak kesampaian. dan saya tak menitiskan air mata pun... lagi la saya tidak berpuas hati!

oh kabir, kenapalah????

as a bee



must find ways to make friends with a bee

Wednesday, May 18, 2011

he talks to rainbows


he talks to birds he talks to angels
he talks to trees he talks to bees
he don't talk to me
Talks to the rainbows and to the seas
he talks to the trees
he don't talk to me
Don't talk to me

You know he drives me outta my mind
You know he drives me outta my head

he talks to birds ...

he don't talk to me
Don't talk to me
he don't talk to me
Don't talk to me
he don't talk to me
Don't talk to me
he don't talk to me
Don't talk to me





......ramones i love








48 mins after i typed these, he talked to me.... yeay!

gila mengebake yang baru

sejak hari sabtu lepas saya sangat gila akan kegemaran saya yang satu ini. kegemaran yang dah lama saya tinggalkan kerana tak ada masa dan tak ada perasaan untuk melakukannya. kegilaan kali ini adalah untuk mencuba yang baru, yang tidak pernah saya cuba sebelum. nak mencabar diri sendiri mungkin atau bosan dangan yang lama.

kebetulan hari ahad lepas saya sekeluarga ada lunch gathering di rumah emak saudara saya di semenyih. maka makin kuatlah alasan saya untuk merealisasikan kegilaan saya ini. ya, saya telah membuat manisan bernama pavlova. asal manisan ini daripada new zealand dan nama pavlova ini adalah dari nama seorang ballerina. gabungan rasa manis meringue + lemak whipped cream + masam strawberry & blackberry adalah sangat perfect! patutlah pavlova menjadi kegilaan ramai dan sangat famous. sekarang saya tahu kenapa.



semalam pula public holiday - hari wesak. saya telah mencuba resipi baru. resipi yang menjadi buah mulut orang disana sini - red velvet cake. wow!!! memang sedap cake ini rupanya. disaluti dengan cream cheese. wah sangat berlemak dan sedap (sangat sangat). mendapat kepujian dari tukang kritik tetap dirumah saya! saya rasa mungkin kalernya harus dilebihkan lagi la.....



dan saat ini saya rasa nak mencuba untuk membuat macaroon. saya sedang menunggu recipenya dari seorang kenalan yang telah belajar membuat macaroon di london baru baru ini. saya akan update setelah saya berjaya membuatnya.

harinya esok



yang dinanti nanti akan tiba esok harinya. sangat tak sabar dan tak tertahan perasaan ini. esok waktu lunch hour saya akan berlari ke wangsa walk untuk menonton kisah cinta teragung melayu ini. kisah yang dinanti nanti 19 juta orang (mungkin telah meningkat). esok lepas menonton saya akan buat personal review untuk tatapan saya. sekian

Saturday, May 14, 2011

kira terbalik




saya tak sabar, saya sangat looking forward dan mula kira terbalik!(owh taksubnya saya!)

nur kasih parto duo

ini pendapat saya sahaja...


gandingan para pelakon sangat mantap dan masing masing ada kekuatan tersendiri! puji kabir bakhtiar!

tiz zakiyah - pandai berlakon (dia sangat berbeza dengan nuramina)

remy ishak - berjaya menjadi adam!

mak jah - saya sangat menyayangimu!

abang aidil - saya sangat adore kamu!

cinta nuramina & adam - menyentuh hati saya!

ummi nazeera - berjaya meluatkan saya akan siti sarah!

masih sama - tak gemar ayu raudhah dan lakonanya!



dan...


yassin sangat brilliant dengan lagu nur kasih yang sangat mendayu dan sedap. tiz bersama menyanyikan lagu ini untuk edisi movie.

nur kasih parto uno


hah....
sangat ketinggalan saya ini. dua tahun lepas sinetron nur kasih menjadi bualan hangat. hampir semua orang menontonya. mengikut rating 19 juta rakyat melaysia tidak melepaskan peluang mengikut cerita ini. hebat sangat kah? ketika semua orang bercerita akan cerita ini, saya tak beserta. tertanya juga dibenak, hebat sangat kah cerita nur kasih ini? pertama kali tengok pun pada episod akhir. semasa dirumah nenek saya di kuantan. terpaksa tengok kerana semua nak tengok ketika itu. ada yang menitiskan air mata (wah menjiwai betul). saya menonton sama (kerana tiada pilihan), tetapi tidak tergerak hati untuk mengetahui kenapa akhirnya begitu, bagaimana atau apa yang dah terjadi. sikit pun tak heran. (dalam hati - alah.... sama aje dengan sinetron sinetron yang dah ditayangkan.) pada saya drama melayu boring tak thrill. sama sahaja semuanya. ceritakan kisah hati dengki, mengumpat sana mengummpat sini, jumpa bomoh dan mati kerana sakit yang kritikal. -owhhh sangat boring sebab mesti dah tahu endingnya bagaimana.
selepas dua tahun cerita itu menjadi sangat hit kini cerita nur kasih di movie kan. tayangannya minggu hadapan hari khamis - 19 may 2011. tv3 ulangtayang sinetron ini buat kali ke 3. (ada juga yang naik meluat dan tak puas hati). saya pula tak ambil pusing sebab saya tak ikut cerita itu. sehinggalah pada suatu hari di dalam suratkabar ada menceritakan tentang nur kasih the movie. tak tahu bagaimana hati saya tergerak untuk mencari dan menonton cerita sinetron gilaan ramai ini. terima kasih pada youtube, (macam macam ada). dari episod 1 sampailah episod 26 saya menonton dalam masa 3 hari.
barulah saya faham kenapa 19 juta penonton telah menontonnya 2 tahun lepas. tersentuh betul hati saya. mengalir jugaklah air mata beberapa kali sepanjang 26 episod tu. memang menjiwai watak la saya. saya sangat taksub sehinggakan saya ke speedy video membeli dvd nya. (ya saya dikutuk adikbradik dan sepupu). baru hari ini saya tamatkan 26 episod itu (sekali lagi) dengan menonton di skrin tv yang besar (compared to my laptop semasa tonton via youtube). saya menonton dvd terakhir bersama adik lelaki saya. owhhh sangat terkejut bila dia pun menitiskan air mata. sangat berjaya kabir bakhtiar (walaupun ada jugak benda benda yang tak logic dan mengarut). apa pun saya puji kabir dan sangat puji para pelakons. semuanya hebat hebat belaka! sekarang saya kira terbalik untuk muvinya sehinggakan disalah anggap tujuan saya ini. (kira terbalik di fb). 19 haribulan akan saya serbu ke panggung...... jumpa disana!

damn unpretty

Friday, May 13, 2011

on your way

You and I
Here we are - strangers
Still tastes the tears of cry
The world keeps turning
Without you I'm like a soul without a mind
You keep on searching
For something you left behind
Deep in my heart I feel for you
If *lovening* on what can I do?

Thursday, May 12, 2011

arghhhhhhhhhhh

mengeluh ia
luahan hati berkongsi rasa
supaya faham situasi semasa
ia bukan sengaja
setiap kata berbudi bahasa
supaya terjaga tidak terasa
almaklumlah ia tidak lagi muda
sebaris dua ia menyapa
memberitahu ia tidak lupa
lihat dimata hati teruja
ini kah ketentuan dariNya
jawapan pada soalan saya

Wednesday, May 11, 2011

o.r.d.i.n.a.r.y. PEOPLE


You get the world for your birthday baby
Open your eyes and say
Yes, no, maybe
The box ticks on, the core is a bomb
The world is silent
You listen like a lover to it
Sometimes a mirror's a miracle
Sometimes it's nothing at all
In this reflection even angels fall
You could fly anytime
Even though you own your own comet
Ordinary people it's okay
You don't have to wear those wings
They're stupid things
I know some dizzy, easy heights
Don't stop your life at the lights
Don't be smart, be a beginner
Don't be wrong, even when it's right
Ordinary people it's okay
Where not watching anyway
It's okay

Monday, May 2, 2011

satu ratus hari



100 hari tidak lama
100 hari = 3 bulan 10 hari
tekad dalam 100 hari
jika gagal seumur hidup menyesal
berpantang untuk masa hadapan
tujuan satu yang kursus itu
jika tidak pun
tujuan satu yang am ini
apa pun alasan apa pun kata kata
kental 100 hari tidak mudah ditembusi
jangan mengalah
jangan mudah mengalah
kena kuat kena gagah kena berani
100 hari sahaja tak lama
nak taknak

ding ding ding ding!

kuat r.a.s.a


ya masih .... mesra
masih ya .... sama
diri yang merasa
tak sedar diri
gelojohnya hati

hendak belajar
hendaklah banyak belajar
pelajaran yang tidak diajar
supaya terpelajar
agar tidak kurang ajar

tak lari akan nya
kenapa bertanya
tebal rasa
kuat ditekan ... sakit

kedepan jangan kebelakang
semua mahu naik tak mahu turun
bersedia kah bersedia lah
masa untuk bersedia sedar kah

tunjuk jalan lorong petunjuk
ikhlas berharap
memahami walau apa
sedar bukan siapa siapa

sebab nya
redha kan
serah lah
yakin selalu