apakabar yang ditinggal lama. tidak jenguk tidak bersapa. bukan lupa tetapi sudah terbiasa. berlalu waktu yang banyak tanpa sedar. beratur perkara berlaku tapi diri tetap begitu. tiada menarik seperti hari akhir diri menjenguk muka ini. mengapa dibiarkan? mengapa tak buat sesuatu? mengapa begini? perlu muhasabah diri...
cerita ringkas dari hari akhir:
1. yang diharapkan telah tumpas. diri rasa sangat kecewa. terima kasih kerna membantu.
2. renovasi rumah seperti yang diplan lama. hari ni 99 peratus siap. yang kecik kecik saja yang tinggal. INsyaallah sebelum raya semuanya ok.. (diri adalah project manager!)
3. kesihatan ibubapa sangat berkurang terutama bapa tercinta diri. risau melihat keadaan bok. usaha sedaya mungkin. Insyaallah..
4. rapat dengan sang x. tersentuh hati. mula merindu, rindu yang terlarang. apa nak jadi ni. diri rasa diri sangat lonely sebab itu la...
5. hubungan dengan Pencipta juga makin jauh. walaupun di bulan Ramadhan. hati tiada. oh kenapa. aku ingin kembali merawat perhubungan ini tapi kenapa susah sangat. mungkin kerana terlalu leka dengan cerita no 4. Ya Allah hanya kau yang maha mengetahui!
melayan rasa sedih pilu dan sengsara diri adalah sangat sakit. tapi tiada berdaya. ku faham ini adalah kifarah untuk diri. saya redha ya Allah.
-diri perlu diacu kembali-
No comments:
Post a Comment