
post kedua setelah ingatan kembali asal. baru saya perasan tiada entry LANGSUNG di bulan ogos dan september. dulunya berjanji pada diri untuk membebel acara di fikiran setiap bulan sekurangnya satu. tiada ditepati janji ini. tak baik.
digali kembali kenapa tiada. ogos sibuk kerana bulan yang berkah bulan segala bulan yakni bulan Ramadhan Al Mubarak. bulan yang dinanti nanti bulan yang dirindu rindu bulan yang sekejap aje datang dan sekejap aje pergi. bulan yang sangat berkah untuk beribadah beramal berbuat baik berubah. paling seronok surau masjid menjadi destinasi utama selepas berbuka. sana sini dimana mana pun meriah menghidupkan malam Ramadhan. semua berlumba lumba nak mendapatkan keberkatan dan keredhaan Yang Satu.... Insyaalah.September pula raya. maaf zahir batin. semua balik kampung jalan lengang boleh berbaring ditengahnya; ya itu di bandar kuala lumpur. highway utara selatan pantai timur seperti berpesta. semua nak balik kampung oooooo balik kampung, hati girang... raya seronok dapat jumpa saudara mara tapi tahun ini ala kadar saja.. Masa jalan pantas sangat. bertukar bulan seperti bertukar minggu layaknya. belum sempat nak tukar cadar dah patah katil. (betul ke perumpamaan ni?)

No comments:
Post a Comment