Friday, October 22, 2010

agustus september


post kedua setelah ingatan kembali asal. baru saya perasan tiada entry LANGSUNG di bulan ogos dan september. dulunya berjanji pada diri untuk membebel acara di fikiran setiap bulan sekurangnya satu. tiada ditepati janji ini. tak baik.
digali kembali kenapa tiada. ogos sibuk kerana bulan yang berkah bulan segala bulan yakni bulan Ramadhan Al Mubarak. bulan yang dinanti nanti bulan yang dirindu rindu bulan yang sekejap aje datang dan sekejap aje pergi. bulan yang sangat berkah untuk beribadah beramal berbuat baik berubah. paling seronok surau masjid menjadi destinasi utama selepas berbuka. sana sini dimana mana pun meriah menghidupkan malam Ramadhan. semua berlumba lumba nak mendapatkan keberkatan dan keredhaan Yang Satu.... Insyaalah.September pula raya. maaf zahir batin. semua balik kampung jalan lengang boleh berbaring ditengahnya; ya itu di bandar kuala lumpur. highway utara selatan pantai timur seperti berpesta. semua nak balik kampung oooooo balik kampung, hati girang... raya seronok dapat jumpa saudara mara tapi tahun ini ala kadar saja.. Masa jalan pantas sangat. bertukar bulan seperti bertukar minggu layaknya. belum sempat nak tukar cadar dah patah katil. (betul ke perumpamaan ni?)

keliling perkara

lama since bukak site ini. ye saya dah terlupa akan dia. tiba tiba saat sekarang ingatan kembali pulih sedia kala. maafkan saya, saya tak sengaja. terlalu bertimbun perkara dibenak ni. dikirai satu satu tak habis habis. bukannya selesai bukannya habis malah berlebaran membesar serius tak boleh senyum lagi. penat sesak rasa macam bila bila masa boleh mengalah. ish bukanlah saya jika membelakang buat tak tahu. satu per satu semuanya berkait dengan hari hari depan yang sekejap sekejap terang sekejap sekejap silau menyilau.

terbaik dipilih untuk nyahkan yang tiada berkait. harap fahamlah mereka mereka ini hendaknya. saya manusia biasa saya terpaksa. mereka harus faham dengan kehadiran mereka makin meninggi lalang dan semak di fikiran ini. tolong jangan dekati saya wahai mereka!

rasa manis rasa masin rasa pahit rasa masam bercampur aduk. dalam masakan bila semua rasa seimbang, secukupnya pasti menjeluk tak cukup nak lagi. tidak ditengah tengah dunia sebenar keparat ini. lagi banyak rasa lagi mengada ngada. mengada ngada di hati mengada ngada juga iman. tepuk dada jangan tak tanya. lu figure lah sendiri!