kelmarin hari majlisnya. meriah juga, almaklum keluarga ramai. mulut hebat hebat belaka setiap individunya. ahli keluarga 98% menghadirkan diri. ahli keluarga yang bersama membanting tulang pun sangat meriah. masing masing ada kepandaian masing masing. masing masing tak lokek tenaga. kecapekan saya dalam menjayakan majlis ini bukan pada hari majlis sahaja. kecapekan saya sudah bermula sebelum majlis lagi. kecapekaan fizikal dan mental kedua duanya seimbang. nasib baik ade seorang saudara boleh ditolak campor dalam hal ini dan bersama membantu saya. terima kasih pada beliau. dalam pada itu ketidakfahaman saya tentang individu dalam keluarga yang sepatutnya dialah yang paling A sampai Z tapi sedih beliau tidak. sebaliknya orang lain yang begitu. kalau tidak tahu boleh bertanya dan tiada yang marah. saya rasa beliau tahu itu. kesimpulan yang saya boleh buat, beliau malas. malas beliau membuatkan yang lain terasa. kenapa yang lain perlu beria walhal beliau tiada perasaan. saya tak suka sikap itula. saya tak boleh terima. mujurlah seorang emak memahami dan telah menyejukkan hati saya dan seorang lagi. saya rasa malam itu saya sudah tumpah kerana melebihi had. saya manusia biasa.
keputusan saya dan seorang lagi - pelamin sendiri sudah boleh dibuat sekarang dan simpan dibucu bilik tidor sehingga harinya - tak terkocoh kocoh.
penghibur hati - abang ijal dan doo doo doo manje manje bok... u rawkkk!!!

No comments:
Post a Comment