Friday, December 31, 2010

mak rasional lah sedikit

kejadian berlaku baru baru ini adalah serius untuk dibincang dan dikupas.
Membabitkan manusia berumur 4 tahun yang membesar dengan mamanya yang solo
berusia 32 tahun dengan manusia berusia 14 tahun yang dididik emaknya
yang berusia pertengahan 40an.

Diutarakan kerana bimbang. Menanya ingin tahu kisah sebenar.
Sangat sensitive sangat delicate sehingga sepatutnya fahamlah
manusia dewasa yang bangga telah melahirkan anak.

Keadaan keruh bila yang sepatutnya menjadi tidak sepatutnya.
Tanggungjawab emak mereka padahal. Bukan orang lain
saudara sendiri juga.

Menghasut fikiran yang kononya dianggap betul sebenarnya sangat
tak betul sama sekali. Kesal....


Kalau ade depan saya tadi, saya akan pulas telinga budak itu.

Apa pun saya tahu emaknya tak rational dan sangat emotional.
Maka emaknya jangan marah kalau emak tahu yang paling akhir.
Harap anak mak menjadi manusia.

bagus jugak semoga sedar

tak peduli
tak menjengah
tiada kepentingan

buat baik
buat buat mesra
nakkan sesuatu

dah dipelawa
dah diberi percuma
berat sebelah

tak sedar diri
tak sedar dik untung
semuanya sama

nasib baik dah tiada
jangan pernah lupa
jangan cuba nak over

takkan pernah diam
takkan bagi muka
semoga sedar

selamat hari jadi ke 61

hari ni harijadi mak saya yang ke 61. forever young mak saya. kluar pada hari akhir.
bila saya tengok gambar gambar zaman muda mak saya yang warnanya hitam putih pudar dan lusuh, terpancar keceriaan diwajahnya. almaklumlah zaman muda. zaman anak dara. masalah tak banyak kluar dari aura wajah mak. mak cantik, berdandan rapi, bersolek dan bergaya orangnya. badan langsing putih gebu. tapi masa itu mak tak tau pun yang hidup mak jadi macam gini. mak tak akan menyangka yang mak akan berubah menjadi bukan mak yang asli lagi. dah 12 tahun mak berubah. ini membuatkan saya sangat sedih dan sayu. dia mak saya. sampai hati kamu kamu buat mak saya sampai jadi begini. saya memang tak akan pernah lupa apa yang kamu kamu buat pada mak saya dan saya percaya kamu kamu akan dapat hasil dari perbuatan kamu kamu itu.

saya kadang tak sabar dengan mak. tak baiknya saya. berdosanya saya. saya selalu tak lebihkan mak selama ini. saya tahu mesti mak ada kecik hati dengan saya. saya mintak maaf banyak banyak. saya tau syurga dibawah tapak kaki mak. saya sujud saya sembah mak. saya takkan buat macam ni lagi. saya akan jaga mak. saya akan jaga hati mak. tapi mak jangan mua ok. saya sayang mak. tapi saya tak reti nak tunjuk dan saya tak manja macam anak anak mak yang lain. tapi tak mengapa saya akan cuba.

selamat hari jadi mak

esok tahun depan

esok dah masuk tahun depan. maka hari ini hari akhir tahun ini. kebiasaanya untuk masuk tahun baru, azam baru dipasang. ada yang mengulang azam tahun sudah sudah yang tak pernah capai. sejak hari ini hari esoknya tahun depan, saya nak cek diri saya dan nak menilai sendiri diri sendiri ini.

masih tak kurus tak kawin dan sekarang tidak bekerja fullstop!


selamat tahun baru saya.. harap tahun depan besok akan membuka jalan yang lebih murah rezekinya dan rahmat yang melimpah ruah olehNya.....


saya nak jadi hambaNya yg sentiasa merinduiNya dan menyintaiNya lebih dari segala yang ada. amiin