Wednesday, June 30, 2010

senyum meleret leret leret

pakai baju bunga bunga senyum meleret leret leret
terdengar lagu dongdang sayang senyum meleret leret leret
menjerit mom mom mummy mamma senyum meleret leret leret
bersuprano senyum meleret leret leret
ada difikiran senyum meleret leret leret
takpe senyum kan ke sedekah... dapat pahala meleret leret leret?

risau

menduga akal betul

berkencan

pengalaman berkencan setelah 6 tahun tidak.
1. kawan sekeliling sama teruja.
2. saya tidak boleh buat kerja.
3. saya tidak boleh berfikir.
4. saya menjadi extra kabut.
5. kawan kawan membantu :
1. ke ampang park untuk membeli:
1. maskara.
2. tudung lain yang lebih matching.
3. rantai pelengkap gaya.
2. pinjamkan makeup untuk menambah seri.
3. touch upkan makeup apa yang patut terutama eye liner.
4. beri komen tentang penampilan.
5. mengurangkan gelabah.
6. beri tips tips.
7. pinjam kereta kerana kereta saya masuk clinic.
6. saya menjadi terketar ketar.
7. tangan kaki menjadi sejuk ais.


sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat. mereka teruja saya apatah lagi!

Tuesday, June 29, 2010

kanta sesentuh dan empat mata

hari ini dalam banyak banyak hari adalah harinya. hari bertentang mata. hari penentuan adakah frasa dari hati naik kemata menjadi kenyataan. secara peribadi bukan seperti yang diangankan. itu bukan penghalang langsung. oh dewasa sudah saya sekarang ini. saya tenung bukan lagi dari anak mata. saya tenung dari hati. saya dapat lihat kejernihan ketenangan air muka, hati dan keikhlasan. mesra seperti sebelumnya. mesra seperti kenal lama. semua sama. saya selesa. kami selesa. tersentuh bila mendengar kata kata asing dari orang itu. katanya bila berada ditempat yang betul harus mengikut begitu juga. saya terpegun, amazed dan cairlah pendek kata. saya berbunga mungkinkah dia tanda tanya.

Monday, June 28, 2010

dari mata turun ke hati

boleh tak kalau dari hati naik ke mata?

Thursday, June 24, 2010

gila nina


sudah dua hari saya melayan telinga dan perasaan dan jiwa dengan nyanyian yang high class dari nina simone. saya kenal nina dari yasmin ahmad. saya jatuh cinta terus bila kali pertama mendengarkan beliau. saya juga baru tahu yang lagu 'don't let me be misunderstood' adalah original song beliau. sangat gemar original version. sangat menyentuh jiwa bila mendengar. nina penyanyi jazz yang selamba bila menyanyi tapi suara dia sangat berkerekter. kalau tengok mukanya seperti tiada persaan. itu yang mahal si nina ni. kegemaran saya adalah 'i got life'

Tuesday, June 22, 2010

senyum

tafsiran saya sudah tersalah sudah tersilap. rupanya mimpi hujan lebat adalah petanda yang baik. petanda untuk mendapat rezeki berlipat kali ganda dan rezeki yang halal. alhamdulillah. pertama kali dalam hidup minta petunjuk dan ditunjuk ke satu perkara yang positif. syukur Alhamdulillah...







psssstttt dia called!!!

Monday, June 21, 2010

istikharah

hujan lebat di satu majlis perkahwinan. khemah yang dihias cantik menjadi basah. tetamu ramai yang pulang. padang menjadi becak. kerusi yang dibalut kain dan dihias reben ditelangkupkan.







..............................SIGH

inikah?

jumaat baru baru ini saya sangat terkejut dan tak menyangka akan kejadian yang berlaku pada diri saya. teruja juga saya tapi kawan kawan lebih teruja dan berbunga bunga lebih dari saya. Ya Allah lorongkanlah jalan dan berikanlah petunjuk kepada hambamu ini.






inikah sahutanMu kepada doaku yang bersungguh itu?

Wednesday, June 16, 2010

p.s. i love you

sangat sweet
tersentuh
saya nak gerry





......... eh saya nak william

Saturday, June 5, 2010

lagi hebat dari kokokan ayam

Hari ini agak lewat sdikit iaitu 6.30. Bermakna lagi setengah jam tidak boleh sudah. Maka yang duluan cepat cepat didulukan. Kebiasaannya yang tua tua yakni ibu ibu bapak bapak.stelah yang tua selesai bermulalah sahut sahutan yang mengalahkan kokokkan ayam atau pagi ini dengungan sang kodok yang sangat kuat selepas air langit mencurah lebat dimalamnya. Sahut menyahut yang berbagai ragam antaranya 'bangun, ni yang ibu tak suka ni BANGUN!' 'Bangun bangun ibu cubit nanti cepat bangun' 'bangun bangun, nanti boleh tidur semula cepat'

Suasana menjadi gempak gempita selagi tidak ada respon yang baik. Tidak akan diam selagi tidak bangun. Masih juga ada yang ambil jalan pintas dengan 'holiday'. Ye atau tidak wallahualam. Seronok pula jika berkumpul begini berhamparan ditengqh rumah nenek beramairamai. Bermacam ragam dan gaya dapat dilihat walaupun dalam keadaan yang singkat atau kejadian yang ramai tak ambik kisah.

Friday, June 4, 2010

soalan

Saya nak tulis disini luahkan tiada lain tempat nak ceritakan (kecuali padaNya ofcourse). Hari ini tidak bekerja cuti ditarik esok harijadi agong. Ini sangat menggembirakan. Lewat hari nak balik kuantan menjenguk keluarga baru lahir itu. Ya masih tidak bernama tetapi
Panggilan dah ade. Apa yang menjadi tajuk post kali ni ialah satu rasa sayu yang tiba tiba bila terjaga dari tidur pagi ini. Mimpi? Oh ya saya mimpi abang ijey. Lepak lepak dengan abang ijey. Tapi mimpi ini tak menyumbang langsung dalam perasaan yang sayu mayu ini. Saya pelik kenapa. Adakah ini satu petunjuk atau saya terlalu beremosi? Bila saya tak tahu apa punva rasa ini, saya mula fikirkan segala perkara yang slama ini menyebabkan rasa yang sama. Oh makin hiba rasanya. I better stop. Tapi jauh disudut hati sebenarnya saya tahu kenapa tapi saya in denial noktah

Thursday, June 3, 2010

normal sikap manusia tanda tanya


soalan: sikap manusia normalkah?
situasi: sebelum orang lain bisingkan kesalahan dirinya, beliau mencari point untuk marah marah and maki maki orang disekeliling dan berbuat serious.
orang disekeliling: masak dengan lakonon dan perangai buruk beliau.
yang sebenarnya: dia tak sedar yang semua orang boleh baca.
dia assume: sama seperti anak bini dia.
saya: meluat dan nak termuntah dan bila bila masa boleh cakar maruah keluarga beliau.
saya masih: berdoa supaya dikuatkan iman dan berserah kepada Pencipta manusia jijik ini.
nama baru: semua gelarkan beliau FIRAUN aka FIR.

Tuesday, June 1, 2010

cikgu suka main bola hari hari cikgu main bola alip dan ayem bau ari sekian terima kasih

rasa macam lapar la pulok nak makan apa eh? apa ada? ishhh bau ari!!!

jaroh in d house y'all



gembira dan teruja mendengarkan berita yang terbaik setakat hampir separuh tahun dwepuluhspuluh ni. kelahiran jaroh dalam family mejer bakor sangat ditunggu tunggu sangat dinanti nanti oleh ibu bapa dia. berdebar debar ibunye kerana faktor angka yang banyak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. tak sangka cu dah ade baby sendiri! doa doa cu dah dimakbulkan syukur. saya hepi tuk cu. saya teruja untuk cu juga. ujung minggu ni saya akan ke kuantan tuk berjumpa dengan jaroh. beruntungnye jaroh kerna lahir lahir telah ada tiga orang anak saudara. jaroh in d haouse y'all jaroh in d house!!! yo yo yo