Monday, May 31, 2010

ainid a brek

jangan parkir disitu

jangan parkir bung di tempat itu kalau tidak mau ditilang jangan mikir bung isi hatiku diriku ini tak pernah bimbang jangan parkir bung di tempat itu kalau tidak mau didenda jangan mikir bung hanya padaku badanmu kurus karena cinta mari berdansa denganku biar kau tahu hatiku bertemu pandang berpegang tangan kau remas kau remas kau remas tanganku ini berdiri bulu romaku berdesir desir darah mengalir berdebar berdebar berdebar jantungku ini - envinna

sunyi dan luka lagi bai gersang

Sunyinya malam ini Tiada bulan tiada bintang Hanyalah kedengaran Ombak dipantai
Hatiku tersusuk sayu dan pilu Mengenangkan nasib diri dirantauan Kasih di mana dikau
Masihkah ada rindu Hatiku seperti dulu Jangan biar dia membeku Mengharap cinta yang dipandu Tak ingin ku sendiri lagi Oh teman dimanakah dia Tidak kelihatan Ku tertunduk malu Menjelma Aku seperti dulu sunyi Sepi diri ini aku sendiri lagi Telahku katakan kasih ku insan biasa tiada punyai harta mengapa kau masih bersandiwara jua tetang cinta selama ini kau berpura ku sangka kau setia oooo luka lagi kerna kau masih mengulangi luka lagi perpisahan yang engkau pinta masih terasa aku tak perlu bertanya dimana letaknya cinta yang indah kini kau tiada lagi menghampiri perasaan hati ini selalu sepi dan rindu pada dirimu selama ini kau berpura kusangka kau setia ooooo luka kagi kerna kau masih mengulangi luka lagi perpisahan yang engkau pinta masih terasa aku tak perlu bertanya dimana letaknya cinta yang indah

kenapa terlalu serius dengarlah musik dengarlah music

abang ijey



malam semalam saya ke HRC tuk bersama menonton showcase FT. walaupun semalam hari ahad, saya sanggup pergi kerana sangat minat akan dia. lagu lagu dia sangat sedap didengar lain dari yang lain. bukan seperti artis artis lokal yang lain yang sangat tipikal - bosan. ini sangat genuin sangat kreatif setiap karyanya. saya berpuas hati sangat berpuas hati. albumnya saya dah ada. semua lagu saya hafal. seronok bila dengar boleh bernyanyi sekali. ramai yang tak gemar abang ijey ni. ramai kata dia over dan tak suka attitude dia. my personal opinion - di mmg sedikit over. attitude wise saya no komen. saya minat dia merely on his talent. fresh dan tak membosankan. kreative dan catchy. dia pun not bad looking. suara memang best husky husky skit. tapi sedikit poyo bila bercakap. ini live show dia yang kedua pernah saya tonton. dia memang kuat bercakap dan suka bercakap sehingga menampakkan kepoyoannya. maaf abang ijey this is my personal opinion. apa apa pun abang ijey memang batu!

Wednesday, May 26, 2010

corrupted

laptop corrupted secara surprise. bengang. bertambah bengang si pembaiki tu seperti tidak buat apa yg sepatutnya sambil menangguh nangguh. laptop seperti kaki. tiada laptop maka patahla kaki tak bole bergerak. semua hal hal kerja semua ada didalam sana. hal hal peribadi juga ada didalam. perkara urgent yang membuatkan saya pening kepala dan terpaksa mendesak. saya faham mereka sakit hati dengan sesetengah orang dalam company ni. kerana setitik nila sebelanga susu spoil. ini semua sebab kelancangan mulut yang kononya perasan hebat sangat bila berkata. orang pandai berilmu tidak begitu. ini kerna kecetekan ilmu maka lancang benar dia sekeluarga. tak pikir orang lain. dia aja yang betul yang hebat. sekarang mereka ambil kesempatan untuk membalas. aduan kepada boss pun tak guna, mereka telah bersekongkol. boss dia yang paling berbulu sekali. takpa saya faham. kalau saya pun saya tak layan. mmm kalau saya, saya terminate je contract.... abis cerita

Saturday, May 15, 2010

saya pun tak tahu

semua orang bercerita tentang drama bersiri tv3 yang tajuknya ADAMAYA. episode akhir drama ini telah keudara kelmarin. seperti dijangkakan - ending yg mengembirakan - keluarga bersatu kembali setelah diuji dgn dugaan rumahtangga.

so kenapa saya beria sangat dgn kesah drama adamaya ni? sedangkan saya menyampah dengan lakonan kayu si lisa suriani, suara bangun tido anak cina yg berlakon jadi sara, lakonan si 'mika' yg over dan si 'lawyer' yg berlidah pendek suara kehabisan itu. mujurlah ada sein yg berlakon jadi adam dan adik mia yg berlakon jadi amani.

sebenarnye saya tidakla mengikuti drama ini bersungguh sungguh seperti spupu saya. on and off je. tapi bila saya tonton drama ini dan tengok kerekter si adam, hati saya sangat tersentuh dan menjadi sangat sayu dan pilu. kenapa? saya pun tak tahu. yang saya tahu sekarang ini saya rasa ada sesuatu yang tak ada dalam hidup saya dan yg tiada itu adalah seorang manusia kaum adam. saat ini saya sangat merasakan yang saya rindu seorang kaum adam. tapi bagaimana sedangkan saya tidak tahu siapa seorang adam itu. Ya Allah hanya Kau yg mengetahui betapa rindunya hatiku saat ini kepadanya. Dia yg mungkin tidak pernah kukenali atau mungkin dah kukenali lama dulu. (????)

saya rasa sangat kosong saya rasa memerlukan saya rasa telah tiba masa saya rasa sudah bersedia saya rasa inginkan saya rasa sedih saya rasa rindu saya rasa sepi saya rasa ketinggalan saya rasa menyesal DAN saya rasa sedikit kecewa....

dimana seorang adam yang telah tertulis untuk saya ni Ya Allah... hanya padaMu aku beserah dan bermohon.....

Alhamdulillah

Alhamdulillah perjalanan pekerjaan amanah dan tanggungjawab telah dapat diselsaikan dan dikerjakan dengan elok tanpa cacat cela. Ya Allah jangan jadikan kunjunganku ini kujungan yang terakhir buatku dan keluargaku. Sahutlah nama kami lagi. Serulah! Kami ingin kembali menjejakkan kaki ke tanah haramMu! Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal Alamiin.






.... aku hambaMu sangat merinduiMu merindui baitullahMu merindui rumahMu merindui kekasihMu. lindungilah aku dari tercela. besertalah denganku dalam setiap usahaku untuk kebaikkan diriku menuju ke jalanMu....