
sedih membawa kepada rasa sebak. rasa sebak sehingga sakit dada. sakit dada membuatkan diri tak tertahan. tak tertahan langsung menitiskan air mata.
tak perlu beria memikirkan, pabila teringat pasti terasa sedih sebak tak tertahan dan bergenang ayaq mata. seakan orang putus cinta rasanya.
situasi 1 - perniagaan sudah tidak sehebat dulu. dapat rasakan akan merudum tak lama lagi. sedih ini bila melihat saudara sendiri susah hati dan tak ceria, memendam rasa. sedih lagi melihat dia berlakon seperti tiada kesusahan melanda. sedih bila apa yang saya bagitau tak diendahnya. sedih bila dia tak berkongsi. sedih bila dia sangat ego. sedih bila dia seperti tak boleh nak buat apa apa. sedih bila dia masih jugak macam tu. lagi sedih bila orang lain berpikiran sama cam saya tentang dia.
situasi 2 - saya tiada ramai kawan. hanya berkawan sesiapa disekeliling saya sahaja. saya kini sangat berbeza, saya antisosial. saya berkawan dengan yang ingin berkawan dengan saya sahaja. kawan yang ikhlas jelas nampak dari wajah dan perlakuan, maka mereka sahaja yang dikawan saya. kalau dikirakan kawan yang tak sengaja memanglah ada, tapi mereka tidak seperti kawan saya yang ikhlas. situasinya sekarang ini kawan ikhlas saya semuanya 'meninggalkan' saya. ya mereka semua rapat dengan saya. hampir segala hal kami bercerita dan berkongsi.sakat menyakat, ejek mengejek, kena mengena sesama sendiri itu perkara biasa. agak kasar dilihat tapi kami selesa begitu. tiada simpan dihati (kan kan kan?).
situasi 1 membawa ke situasi 2. pemergian mereka ini sangat tersentuh hati saya. senak dada memikirkannya akhirnya mengalir air mata tanpa disuruh suruh dan sangat susah untuk memberhentikannya.dapat saya rasakan betapa sunyinya pabila ketiadaan mereka.
kawan ikhlas 1:dia seperti adik saya. setiap kali dia minta tolong dari saya, saya tak akan menghampakan dia. dengan dia ada saja cerita yang hendak diceritakan. cerita tak pernah yang tak sensasi. sekarang ini dia sudah tiada disini. mungkin bahagia bersama menjayakan perniagaan keluarga ipar/mertua dia. saya harap apa yang dia lakukan sekarang ini adalah yang sepatutnya. kalau dia tak gembira, saya turut tak gembira melihat dia. kerana secara peribadi saya tidak sokong keputusan dia. apa pun keputusan telah diambil. kehidupan perlu diteruskan. tanggungjawab perlu dipikul walau seberat mana. saya terpaksa sokong dia. dia adik saya.
kawan ikhlas 2:tiada lagi guraun menipu dari kawan ikhlas saya yang jauh muda dari saya. memang akan merindui telatah dia. dia pandai ambil hati saya. malah pertama kali jejakkan kaki di sini, dialah kawan saya. terima kasih kawan ikhlas. saya sangat hargai. dia ini baik orangnya, sangat lurus dan naive. mudah juga tertipu tapi jangan sesekali perlekehkan kemampuan yang ada pada dirinya. saya sayang dia seperti adik saya sendiri. semoga dia bahagia dengan pilihanya. tindakkan yang saya sokong lebih seratus pratus. untuk masa depan dia, saya tahu dia perlukan ini. saya bangga dengan dia. akhirnya berjaya jugak dia membuang beban beban yang menggangu pikiran dan jiwa dia selama ini. saat saya mengarang karangan dari hati ni, tinggal lagi 3 kali untuk kami bekerja bersama.
kawan ikhlas 3: kawan ikhlas saya yang ini lain. dia antara yang rapat dengan saya. kami seperti beluuncas. ada aja project haram yang kami lakukan. ada aja pikiran sonsang yang kami pikirkan. kami slali pulang kerja bersama. ungkapan 1..2...3 go sering menjadi favourite kami bila ada cerita yang hot. kawan ikhlas ini sangat menjaga keterampilan dirinya. make-upnya, pakaiannye, handbag dan kasutnye pasti terjaga. hari ini dia dah tak ada. sudah ke syarikat yang lebih besar dan lebih terjamin periuk nasinya. sangat gembira untuk dia walaupun kami tidak bersama lagi. titisan air mata banyak dah disia siakan atas perpisahan antara saya dan dia. sayang dia.
sekarang ini kekosongan dalam jiwa makin tebal rasanya. kosong difikiran dan kosong didada. sebak sebak hati ni kalau mengingatkan kawan kawan ikhlas saya ini. sellau terfikir bilakah kami akan bertemu?
