Saturday, January 30, 2010

kelibat si penyair



Di atas kaca terpancar satu cahaya
Berlari ku pergi untuk tahu apa di sana
Suara Yang merdu memanggil-manggil namaku
Bau yang terhidu menusuk ke dalam tubuhku

Korus
Ohhh..Oh..oh..uhuuu…
Yeahhh…..Yeaaahhh…
Indahnya bila ku celik mata bagai hidup semula
Kerana dia aku begini
Hidupku penuh bermakna
Takkan lagi mempersiakannya

Di bawah langit malam aku hangat sendiri
Ku renung awan
Air mataku berlinangan
Tersentuh hatiku bila daku mendakap kamu
Menyuluh gelapku jalan yang aku tuju


.... lan & the typewriter

seorang kawan

teringat pada waktu saya masih menjadi seorang pelajar, kawan kawan ramai sangat sehinggakan nama pun dah tak ingat. itulah kepakaran semulajadi yang dukurniakanNya; saya seorang yang sangat ramah dan murah dengan senyuman. setiap hari pasti ada saja kawan baru yang tercipta. tidak kira umur bangsa atau agama. semuanya boleh dijadikan kawan. kepada yang lebih berumur, bersopanlah tuturkata dan tingkahlaku. kepada yang muda, berambilah perangai saya. kepada kawan seusia, panjang pula akalnya. ya saya sangat nakal pada waktu itu. antara yang termasyur yang tidak akan dilupakan cikgu cikgi. kerana masyurla ada junior yang berebut untuk jadikan saya kakak angkat beliau. oh ya saya sekolah perempuan. tiada pilihan, nak jadikan boifren tak boleh. ini di waktu saya bersekolah rendah dan menengah. pada zaman di pengajian tinggi pula saya ada boifren. maka masa saya untuk bersocial kebanyakkannya dihabiskan bersama boifren tersayang yang mana beliau sekarang ini bahagia dengan isteri tercinta dan 2 orang anak yang comel comel. lagi sekali saya mempunyai kawan yang ramai juga. saya berkawan dengan semua orang (regardless orang tu suka atau tidak berkawan dengan saya). bila berpindah ke universiti tempatan, saya masih kekalkan ciri ciri keramahan saya. mencipta kawan baru bukan asing bagi saya. mudah saja, seperti mengunyah chewing gum aje. sehinggakan ada yang bertanya saya bagaimana saya bole seperti itu. sangat bertenaga dan sentiasa ceria dan in mood (walaupun ada class pagi pagi). saya tak tau nak jawab apa malahan bersyukur kepada Pencipta saya.

....kini
saya sudah berkerjaya. masuk pejabat jam 9 pagi. bekerja mencari sesuap nasi sehingga jam 5 petang. day in day out. kawan kawan yang ramai memilih haluan masing masing. 99.5% telah berumahtangga dan mempunyai komitmen yang tidak boleh tidak komit. terikat sampai mati. tetapi saya tidak. saya berbeza. saya di dalam golongan 0.5% tadi. untuk bersama berhuha huha dengan kawan kawan ramai tadi telah habis. tidak boleh lagi. mereka ada ikatan lain. oh saya tidak. maka secara automatiknya saya tidak boleh bergerak kemana mana. seperti patah kaki patah sayap buta mata hilang tongkat. kawan satu pejabat? tidak ramai dan semua sudah berumahtangga. saya ada pilihan lain? melainkan untuk berlibur bersama adik bradik atau spupu yang masih tidak terikat. apabila sudah 8 tahun didera begini, saya tidak lagi sehebat dulu. kawan yang ramai tidak lagi ramai seperti dulu. kami bercakap bila perlu sahaja. tiada lagi huha huha. kami sudah besar. saya faham. tetapi kenapa saya begini?

saya = antisocial - kata adik lelaki saya.

adakah saya?

Thursday, January 28, 2010

tidak ada perasaan

hari ini sepatutnya hari libur di pejabat saya. ini kerana tiada si tamak haloba sekeluarga. semua ke luar negara. semua di pejabat gembira dan rasa sangat lega. sudah merancang untuk berlibur sakan. tapi pada masa yang sama hati rasa tiada rasa. mungkin kerana ada rasa untuk berjauhan dengan semua semua. ini membuatkan rasa hiba. terus membuatkan malas nak rasa apa apa. rasa hiba rasa yang tidak enak. tidak rasa selesa. maka ambil keputusan untuk buat tak tahu aje. itu yang rasa seperti tidak ada perasaan





yang sebenarnya buat buat...

Monday, January 25, 2010

Al-Fatihah



Ini ialah sepupu saya. Dia sudah menjadi arwah. Mata dia pejam tak buka buka lagi dah. Tidak berapa rapat dengan arwah. Selepas arwah pergi, saya berfikir dan cuba mengenang kenangan bersamanya. ada ke kenangan bersamnya? fikir lama lama baru saya sedar yang banyak juga kenangan bersama arwah. kenangan yang paling best bila kami beramai ramai pergi bagan lalang untuk bersantap makanan laut. kami menyanyi lagu u2 dalam kereta arwah. melalak tanpa mengira pitching atau beat. hantam saje. yang penting jangan lupa lirik!. dan juga ingat lagi saya bila arwah kenalkan saya kepada kawannya. arwah kenalkan saya dengan panggilan spepupu dia yang gila. hmmmmm 'ngoh, i can live with that!'. pemergian arwah meninggalkan kesan yang sangat dalam kepada saya. banyak saya belajar dari kejadian pemergian arwah. saya tidak pernah rindu arwah ketika arwah masih hidup. bila arwah tiada, saya rasa saya rindu arwah.
Al-Fatihah.

anak saya



anak anak saya yang gemuk dan montel. ada 4 beradik. masih tiada nama.bila bermain dengan mereka, akan dipanggil dengan panggilan gemuk.

Sunday, January 24, 2010

keletisan




keletisan = keletihan
sebutan sebegitu adalah bahasa pasar orang orang pantai timur.hari ni buat makan makan dirumah. mengajak sanak saudara lunch dirumah.menunya nasi dagang. dari awal pagi sudah didapur. naik mandi kerna emak saudara telah sampai. melayan tetamu, keluar kedalam keluar kedalam; itu ini situ sana sini.keluarga saya sangat suka buat makan dan menjemput tetamu kerumah. apatah lagi kalau tetamunya saudara mara. riuh rendah. pabila pulang semuanya barulah terasa capek. i-squeeze sekejap dan sekarang tiada berdaya lagi. tido awalla ini malam. esok mau ke pejabat. oh esok isnin. oh biru sungguh isnin. walaupun salah satu warna kegemaran saya tetapi biru dihari senin tidak membuat saya teruja langsung! sekian.

zzzzzz

alamak jam dah 2:34 pagi. mata masih segar bugar. tak menguap langsung menunjukkan tak mengantuk langsung saya sekarang ini. esok nak bangun pagi kerna ada buat makan makan dirumah saya. menunya nasi dagang. bagaimanalah ni? kejam aje mata mudah mudahan terlelap....

Monday, January 18, 2010

yang pertama dalam yang kedua

ini blog saya yang ke dua setelah mengalami sakit otak dengan blog saya yang pertama.
tak tau bagaimana nak adjust adjust blog saya itu seperti yang saya mahukan setelah memberanikan diri untuk try and error. hasilnya banyak error yang tak reti nak dibetulkan. mengambil keputusan untuk membikin satu lagi blog. blog kesinambungan blog lama saya. tiada lainnya; saya masih lagi seorang eghin.